BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sunday 1 November 2009

Ladybird yang comel







Anda semua tahu tidak, bahawa ada satu binatang yang comel sangat. Walaupun ada orang yang rasa geli atau takut pada binatang itu (seperti saya), tetapi ia tetap kelihatan comel. Binatang itu dinamakan Ladybird. Anda tahu tidak, siapa yang cipta binatang itu? Sudah semestinya Allah. DIA-lah yang maha Esa.

Anda semua nak tahu tidak, bagaimana kami menemui 'Ladybird' ini? It begins like this: Mula-mula kami dan anak-anak Ustaz Khairul bermain di depan halaman rumah. Saya bertanyakan kepada Effah (salah seorang dari anak Ustaz Khairul) jika dia mahu saya membuatkan 'Daisy Chain' sebagai crown. Dia bersetuju. Semasa saya memetik bunga, saya terlihat ada binatang-binatang kecil di dalam bunga itu. Effah ternampak dan berkata"kita tak nak benda hitam-hitam ni". Kami selepas itu bercakap tentang 'insect'. Semasa Hajar sedang melihat tumbuh-tumbuhan lain di atas tanah, dia ternampak beberapa binatang yang kecil tapi comel berwarna merah. Itulah 'Ladybird', Hajar memanggil kami yang sedang mencari bunga. Hajar mengambil bekas dan kami meletakkannya di dalam bekas itu. Kami masuk di dalam rumah dan memindahkan 'Ladybird' ke dalam satu bekas yang lebih besar. Lihatlah video di atas.

From me,
Khadijah ^_^

0 comments: