BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Friday 6 November 2009

Ayah kami balik Malaysia seorang

Bissmillahirahmanirahim

Hari itu ayah kami balik Malaysia, jadi kami tinggal dengan ibu kami.Kakak saya sedih dengan saya sedih tapi saya tak menangis kakak saya menangis.


Saya rasa macam nak balik Malaysia jugak.

Dekat sini saya selalu usrah dengan ayah saya tapi bila ayah saya tak ada saya rasa tak best bila usrah tanpa ayah saya.


Tuesday 3 November 2009

Keindahan ciptaan Allah

Pesanan


Orkut Scrap Toys

Monday 2 November 2009

Tulip Festival



Bismillahirahmanirahim,




Hari ini saya nak cerita pasal saya pergi 'Tulip Festival' dengan mak dan ayah saya. Saya pergi dekat tempat beli ticket dengan ayah saya untuk beli ticket mak saya duduk, kanak-kanak percuma jadi kena bayar untuk dua orang sahaja. Dekat sana saya jumpa orang yang kerja dekat sana pakai baju pelik. Yang lelaki pakai macam chef, yang perempuan pakai topi tinggi. Saya rasa hairan napa orang itu pakai macam itu, jadi saya tanya ayah saya kenapa?Ayah saya jawab"Itu baju orang Belanda, dekat sana ada banyak tulip, jadi mereka pakai macam itu." Lepas saya beli ticket saya pergi dekat mak saya. Kami semua masuk dalam tempat tulip itu. Lepas habis tengok tulip kami semua beli bunga dan tengok binatang yang bernama alpaca, bulu dia lembut. Lepas tengok alpaca kami semua balik sebab nak kena solat.




Sunday 1 November 2009

Ladybird yang comel







Anda semua tahu tidak, bahawa ada satu binatang yang comel sangat. Walaupun ada orang yang rasa geli atau takut pada binatang itu (seperti saya), tetapi ia tetap kelihatan comel. Binatang itu dinamakan Ladybird. Anda tahu tidak, siapa yang cipta binatang itu? Sudah semestinya Allah. DIA-lah yang maha Esa.

Anda semua nak tahu tidak, bagaimana kami menemui 'Ladybird' ini? It begins like this: Mula-mula kami dan anak-anak Ustaz Khairul bermain di depan halaman rumah. Saya bertanyakan kepada Effah (salah seorang dari anak Ustaz Khairul) jika dia mahu saya membuatkan 'Daisy Chain' sebagai crown. Dia bersetuju. Semasa saya memetik bunga, saya terlihat ada binatang-binatang kecil di dalam bunga itu. Effah ternampak dan berkata"kita tak nak benda hitam-hitam ni". Kami selepas itu bercakap tentang 'insect'. Semasa Hajar sedang melihat tumbuh-tumbuhan lain di atas tanah, dia ternampak beberapa binatang yang kecil tapi comel berwarna merah. Itulah 'Ladybird', Hajar memanggil kami yang sedang mencari bunga. Hajar mengambil bekas dan kami meletakkannya di dalam bekas itu. Kami masuk di dalam rumah dan memindahkan 'Ladybird' ke dalam satu bekas yang lebih besar. Lihatlah video di atas.

From me,
Khadijah ^_^

JOM PUJI ALLAH!!


Tengok gambar dekat atas itu, cantik tak?
Cantikkan? Inikan Allah yang cipta, memanglah
cantik. Langitkan Allah yang cipta, bukan manusia.
Kalaulah setiap hari langit ada dengan awan putih,
bukan dengan awan warna kelabu. Ok pasal langit
sudah habis, tengok pasal tulip pulak dekat bawah itu.





Ini pun sama, cantik.
Ini kan Allah yang cipta, memanglah cantik.
Tulip Allah yang cipta, bukan manusia.
Kalaulah tulip ada ada dekat semua negara, bukankah best.
Subhanallah!

(Disunting oleh Ummu Khadijah, maaf ye muallim dan muallimah di sekolah Sri Al-Amin Bangi, insyaAllah akan cuba sebaik mungkin untuk meneruskan penguasaan Bahasa Melayu bersama anak-anak insyaAllah)