BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Thursday 12 August 2010


Apa yang awak nak buat waktu Ramadan?

This is what I want to do or already do or asked to do:

  • Decorate my house which I already do
  • Kemas rumah
  • Usrah with my family
  • Solat Tarawih
  • Baca Quran which my dad tell me to read from the beginning
  • Hafazan

Sebenarnya ada lagi tapi I didn't think deep enough.

Tuesday 10 August 2010

Ramadan Karim

Assalamualaikum,

Pada hari Khamis,12 Ogos,2010 ,kita akan berpuasa.Menandakan Ramadan sudah menjelma.Kami menjumpai beberapa ayat di dalam Al-Quran  yang mengatakan:


-Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. 

-(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. 

-(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

(Surah Al-Baqarah:183-185)

Selamat Menyambut Ramadan Karim!!!^_^