BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Saturday 23 January 2010

Adakah anda mahu menjadi seperti itu?

Assallamualaikum,


Ana nak bagi surah lain pulak surah kali ni Al-Lahab kali ni sebab ana lain sebab ana kali ini ialah ana memang nak masukan dalam blog sebab dah lama tak tulis.

Kali ini ana tulis maksud sahaja sama macam surah Al-Ikhlas.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

1. Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia!

2.Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan.

3.Kelak dia akan masuk ke dalam api yang berjelogak (neraka).

4.Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar (penyebar fitnah)

5.Di leher ada tali dari sabut yang dipintal.

Al-Ikhlas

Bissmillahirrahmanirrahim,


Ana nak bagi satu surah tapi ana tak boleh tulis dalam tulisan arab jadi ana tulis maksud surah itu sahaja. Surah itu bertajuk Al-Ikhlas.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

1. Katakanlah (Muhammad), "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.

2. Allah tempat meminta segala sesuatu.

3. (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.

4. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia."

Nak tau napa ana buat macam ini?Ana nak buat macam ini sebab bila ana baca je maksud surah ni ana rasa Allah lagi hebat tapi sebenarnya ana rasa lain tapi susah nak terangkan jadi ana tak bagitau lah dan ini sahajalah yang ana nak kongsi, nanti ana buat post lain.

Tuesday 12 January 2010

Pantun Al-Amin


Walaupun dikata salah,
tetapi Baginda tetap tabah.

Walaupun dihina,
tetapi Baginda tidak putus asa.

Khalifah selepasnya digelar Amirul Mukminin*,
Baginda pula digelar Al-Amin.

*Amirul Mukminin bermaksud pemimpin orang2 islam.

Sciencework





Bissmillahirrahmanirrahim


Pada hari Ahad kitaorang pergi Scienceworks dengan mak bapak. Dekat Scienceworks ada banyak benda.

First kitaorang tengok House Secret, dalam House Secret dia tunjuk yang kutu boleh lompat tinggi sebabtu kita ada kutu.
Gambar sebelah (atas sebelah kot, kakak kakak or orang besar tolong bagitau kat shoutbox) ini gambar kitaorang buat kapal terbang see?

Do you see the glider?

Saturday 2 January 2010

Ingat Allah


Bissmilahirahmanirahim

Saya nak ingatkan pasal ni. Kita kena selalu ingat Allah (sebenarnya sayapun pernah lupa). Kalau nak masuk syurga kita nak kena sentiasa ingat Allah tapi kadang-kadang kita lupa sebab kita asyik fikir pasal power rangers la, barbie, lagu, nak main apa, dengan lagi satu yang muallimah saya cakap "Contohnya waktu rehat kita hilang chocolate, waktu lain dia tak terfikir pun pasal tu
tapi waktu solat kita fikir pulak." Macam tu macam mana nak masuk syurga? Cuba kawan-kawan fikir betul2.

Saya bagi satu cadangan kalau kawan-kawan nak la. Macam ni: kalau kawan-kawan nampak bunga kawan-kawan cuba fikir siapa yang cipta kan bunga tu atau tengok kat tv cerita kartun fikir siapa yang kasi orang tu pandai buat cerita dengan lukis, Allah jugak kan. Kalau tak faham jugak tanya orang yang faham.

(sila komen)